Friday, 26 February 2016

Pengguna Media Sosial Marah Dan Sedih Dengan Pangantungan Tan sri Muhyiddin Yassi


Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung jawatan sebagai timbalan presiden Umno berkuat kuasa serta-merta (Kini 2016). Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai timbalan presiden parti, berkuat kuasa serta-merta (Mokhtar 2016).

Penggantungan Muhyiddin berkuat-kuasa sehingga pemilihan parti akan datang (Kini 2016). Mengumumkan perkara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata keputusan itu diambil selepas mesyuarat lebih dua jam yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Mokhtar 2016).

Muhyiddin tidak hadir dalam mesyuarat hari ini dan dikatakan berada di luar Negara (Kini 2016). Berbeza pula dalam laporan Berita harian yang mengatakan Muhyiddin tidak menghadiri mesyuarat MT UMNO hari ini walaupun mendapat jemputan (Mokhtar 2016).



"Keputusan itu diambil selepas MT berpuas hati Muhyiddin gagal menjalankan tugasnya sebagai timbalan presiden mengikut fasal 9.8.1 Perlembagaan parti," (Mokhtar 2016). Muhyiddin sebelum ini digugurkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri setelah lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya (Kini 2016).

Laporan Berita mengenai penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO dilaporkan dalam portal 15 minit lebih awal berbanding dengan Laporan daripada Berita Harian. Data yang dikumpul daripada bilangan “like”, “love”,”haha”, “wow”, “sad” dan “angry” daripada “Page” rasmi kedua-dua media Malaysia Kini dan Berita Harian.



Daripada data yang dikumpul daripada Page bagi setiap Portal berita Malaysia Kini dan Berita Harian ditunjukkan dalam Raja di atas. Jumlah like tertinggi adalah daripada Page Malaysia Kini Sebanyak 3500 bilangan “like” dan Manakalah, Berita Harian hanya 171 bilangan “like”. Bilangan “emoticon” “angry” merupakan Emoticon yang tertinggi berbanding 5 emoticon lain iaitu sebanyak 734. Ini menunjukkan kebanyakan netizen marah dengan Pengantungan Jawatan Tan sri Muhyidin Yassin. Emoticon “sad” pula menduduki tempat ke dua iaitu sebanyak 218. Hal ini mengambarkan kesedihan pengguna media sosial berkenaan dengan penggantungan tersebut.



Rujukan:


Kini, Malaysia. 2016. “Muhyiddin Digantung Jawatan , Zahid Pangku Timbalan Presiden.” Malaysia kini: 7–8. https://www.malaysiakini.com/news/331869.
Mokhtar, Rohaniza Idris; Mohd Azrone Sarabatin; Nazura Ngah; Petah Wazzan Iskandar dan Nor Azizah. 2016. “Muhyiddin Digantung Jawatan Timbalan Presiden UMNO.” Berita harian: 7–9. http://www.bharian.com.my/node/128331.

Lampiran:

 Dikutip daripada Page Berita Harian

Dikutip Daripada Page Malaysia Kini


  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...