Berikut adalah teks penuh Deklarasi Rakyat yang dibaca
oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis deklarasi
anti-Najib hari ini:
1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin
menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial datam
negara.
2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap
kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.
3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai
sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah
mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013.
Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari
50 ke 54.
4. Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh
mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa
duit adalah segala-galanya-"Cash is King".
5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam
termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun
telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.
6. Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan
Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi
Kerajaan.
7. Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB)
yang kemudiannya dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat
ditanggung. Tanya tidak lagi menjadi Dana Kekayaan. Sebaliknya Dana Hutang
Negara.
8. 1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga
janakuasa elektrik pada harga yang RM12.1 bilion, melebihi harga pasaran.
Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi
konsesi yang hampir tarnat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual
pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.
9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak
US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan
2011 di datam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia
telah meminta supaya 1 MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia
kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan
kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini,
sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan
kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low
Taek Jho.
10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah
melupuskan pelaburan dan Pinjaman ke PSI untuk us$2.318 bilion, dengan mendakwa
yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak us$488 juta. Bagaimanapun, tidak
ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. sebaliknya 1
MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di datam dana di Kepulauan
caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan
pelaburan tidak berlesen. KpMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana
enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.
11. 1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan
Caymans ini telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah
dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari
yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan
gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada
Aabar untuk membeli 49 peratus saham di datam
syarikat-syarikat janakuasa 1 MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat
induk Aabar, International Petroleum Investment Corporation(IPIC), tidak pun
menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di datam akaunnya yang diaudit
dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB
terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.
12. 1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975
juta daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan
yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street
Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak
lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama
iaitu,"Aabar Investment PJS Limited", yang dimiliki oleh pihak yang
tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya
memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran
telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC.
13. 1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan
kedua dan terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan
Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada
Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke datam Bank BSI di
Singapura. Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen
bahawa, ianya bukanlah di datam bentuk wang tunai, tetapi aset. Kemudian,
dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan"unit"yang bermakna
bahawa tanya tidakpun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri
telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia. Ianya juga bermakna bahawa wang
yang dilaburkan di datam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di
Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan.
14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan
telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh
1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah
disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa di bawah Akta Kesalahan
Keselamatan(Langkah-Langkah Khas)2012(SOSMA)kerana mensabotaj
ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa
dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada
Polis berkenaan dengan 1 MDB.
15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib
mempunyai US$681 juta Dolar di datam akaun peribadinya di Ambank.
16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian
mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di datam akaun
peribadinya, Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya
menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13 kemudian pula
menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia
kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab
Saudi,
dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.
17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa
tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi.
Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan. Tetapi
jumlahnya kecil.
18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street
Journal di mahkamah tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta
peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan
laporan tersebut.
19. Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan
laporan demi laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah
US$681 juta yang terdapat di datam akaun peribadinya. Dianya masih tidak
mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara
di mana WSJ diterbitkan.
20. Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam
akaun peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk
menyiasat sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis Di
Raja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia.
21. Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan
mereka, Peguam Negara disingkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak
mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang
tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi
menggantikan Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan
apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang
penyiasatan keatas 1 MDB. Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau
secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.
22. Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam
Negara baru menolak cadangan Bank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa
yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib
melakukan kesalahan.
23. Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.
24. peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu
laporan daripada SPRM. Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat
terhadap pendedahan laporan tersebut.
25. peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang
munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai kuasa dan
kepakaran datam bidang mereka.
26. penolakan ini juga menghalang perkara tersebut dibawa
ke mahkamah di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini
Peguam Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses
undang-undang terhalang.
27. Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian
mendedahkan yang peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang
dilakukan Najib bersangkutan skandal- skandal tersebut. Di masa yang sama,
beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat,
Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.
28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih
bergantung kepada laporan media asing. Tetapi apabila rakyat berbincang atau
menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara
menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat
menjalankan soal siasat terhadap orang itu.
29. Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat
laporan polis yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan
SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman
penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak
membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di datam
pentadbiran Kerajaanpun akan dilindung daripada pengetahuan awam,
30. Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada
sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion)telah dipulangkan kepada Arab
Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.
31. Rakyat juga semakin menderita.
32. GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya,
kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup,
menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada
negara lain. Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran.
33. Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik(TPP)Amerika yang mengikis hak kita untuk
membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.
34. Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain
diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga
dianggap tidak demokratik. Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar
terhalang, dan rakyat hidup datam ketakutan ditangkap dan ditahan. Akta Majlis
Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan
bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu
kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap
dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas
keadilan yang diterima.
35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan datam
penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna
kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan terhadap mereka.
Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya
diberi perlindungan. Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan
bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di datam Perlembagaan
persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.
36.0leh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia
seperti yang tertera bersetuju dan menyokong
a) penyingkiran Dato'Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana
Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang
dibenarkan.
b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya
c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru
yang Jetas metanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan
dan melemahkan polisi terpilih, dan
d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan,
seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC
37. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak
mengira kaum, ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah
bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri
Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi
dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan
kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta
integrity institusi-institusi nasional.
Tandatangan rakyat
Sumber: click
No comments:
Post a Comment