PENGUMUMAN MODEL BAHARU PENAJAAN JPA
Kerajaan telah bersetuju dengan Model Baharu Penajaan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti butiran berikut:
Program-program Penajaan JPA bagi tahun 2016 ialah:
a. Program Penajaan Nasional (PPN);
b. Program Khas Kejuruteraan;
c. Program Ijazah Dalam Negara; dan
d. Program Lepasan Bursary di Institusi Pengajian Tinggi
dalam Negara.
Semua penajaan baru JPA mulai tahun 2016 adalah dalam
bentuk pinjaman boleh ubah dengan mekanisme perjanjian pinjaman seperti
berikut:
a) Pinjaman boleh diubah kepada biasiswa dan dikecualikan
daripada bayaran balik sekiranya graduan berkhidmat dalam perkhidmatan awam;
b) Graduan dikehendaki membayar balik 50% daripada jumlah
pinjaman sekiranya memilih untuk bekerja dengan syarikat berkaitan Kerajaan
(GLC); dan
c) Graduan dikehendaki membayar balik jumlah keseluruhan
pinjaman sekiranya memilih untuk tidak berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam atau
GLC
SUMBER: CLICK HERE
No comments:
Post a Comment