Tuesday, 26 January 2016

Tabung Haji dan BNM

Tabung Haji
Saya dapat info berkenaan kebocoran surat ini yesterday. Ramai dah rakan rakan yang menulis tentang ini. I do not see the need to write about it then, kerana pada saya BNM memang tugas mereka memastikan perkara sebegini dibuat oleh organisasi yang menerima deposit. Pertamanya harus diingat surat ini BUKAN melarang TH membayar Dividen/Bonus tahun ini.



Surat ini spesifik mengarahkan TH utk menyediakan polisi Rizab (Reserve) yang mampu sustain kelangsungan TH sebagai satu organisasi simpanan wang sekiranya berlaku krisis ekonomi dgn skala besar, atau pengeluaran simpanan secara besar besaran.
BNM menegur TH mengenai polisi bayaran dividen dan bonus kepada penyimpan yang melebihi keuntungan semasa sejak 3 tahun lalu. Ini bukan lah tindakan yang prudent. Ini bermakna TH telah mengambil wang dari Reserve untuk membayar dividen.

Kerana itu Reserve TH sekarang hanya ada 96 sen untuk setiap Ringgit untuk backing Simpanan penabung. Maksudnya kalau esok pagi semua orang rush untuk keluarkan simpanan .. tidak cukop lah utk bayar semua orang..itu pun setelah dijual semua harta harta TH yg ada.
SO PLEASE JANGAN KELUARKAN WANG ANDA DARI TH..IT WILL ONLY MAKE MATTER WORSE.
Apa yang perlu di lakukan adalah polisi Rizab dan dividen yg lebih prudent.. serta ganti lah CEO tu lama sangat dah suruh dia jaga 1MDB. If you need to use Reserve for the past 3 years to pay dividends..you fail as CEO !
Pada saya membayar dividen melebihi keuntungan semasa adalah tindakan yg reckless dan tindakan tidak bertanggungjawab malah lebih kepada populis decision.
Bagi yang kurang mahir dgn term Reserves (Rizab) ianya bermaksud "simpanan keuntungan" yang tidak boleh digunakan untuk kegunaan seharian syarikat atau untuk membayar dividen. Ianya adalah untuk menjadi cushion kepada syarikat apabila keadaan ekonomi tidak menentu atau untuk future expansion.
Jadi bottom line nya apa? Adakah TH tidak akan bayar dividen tahun ini? Jangan risau mereka tetap akan bayar..mungkin dengan kadar yg rendah antara 3% ke 4% sahaja..sekiranya TH dengar cakap BNM lah.

Sumber:Yaakob Osman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...