Tuesday, 26 January 2016

Derma (capital) dan Pembolehubah Makroekonomi

Kes derma telah selesai apabila Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, wang sejumlah USD620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh Najib pada Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Ia menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun PM berjumlah USD681 juta (RM2.08 bilion) adalah merupakan sumbangan peribadi kepada PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada beliau tanpa sebarang balasan," menurut tan sri AG lagi pada sidang khas di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau juga berkata tiada keperluan bagi Malaysia membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada negara asing untuk melengkapkan siasatan berhubung sumbangan dana itu.
sumber: CLICK HERE

Ulasan dari sudut ekonomi:

Andaikan Derma = dana

Apabila kita andaika bahawa derma tersebut merupakan dana(capital) untuk memudahkan analisis kesan derma ke atas ekonomi malaysia. Dana atau capital apabila di bawah masuk ke dalam negara ianya akan memberi impak ke atas beberapa aspek dalam makroekonomi negara.

Kesan keatas pertukaran. Apabila dana dalam mata wang asing ditukarkan kepada ringgit permintaan ringgit meningkat kesanya Rm akan mengukuh.
Dan setelah duit derma tersebut dikembalikan sebagaimana menurut Tan Sri Mohamed Apandi Ali, wang sejumlah USD620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh Najib pada Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai. Sumber: CLICK HERE . Ringgit telah terkurang nilai pada Ogos 2013 rujuk gambar rajah dibawah. Ringgit telah terkurang nilai daripada 3.0468 kepada 3.3290 per US.

Dari sudut ekonomi 2.6 billion ringgit merupakan satu jumlah yang besar. apabila 2.6 billion telah masuk ke dalam negara ia secara tidak langsung meningkatkan wang dalam pasaran seterusnya merupakan inflasi yang diimport ke dalam negara.

Jika apa yang di perkatakan oleh AG itu betul bahawasanya derma tersebut telah dikembalikan ini merupaka satu kerugian kepada Malaysia. Kerana duit dalam pasaran akhirnya dibawah keluar. walaubagaimanapun ia akan mengurangkan inflasi dalam erti kata lain kemelesetan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...